CYBERJAYA: Perintis global dalam platform berasaskan pengetahuan dan modal teroka, Leave a Nest Group (LVNS) mengumumkan pelancaran Center of Garage Malaysia (COG) yang bakal memulakan operasi secara rasmi pada 1 November ini. Pengarah Urusan LVNS Malaysia, Abdul Hakim Sahidi berkata, COG Malaysia adalah ekosistem inkubasi teknologi mendalam pertama ditubuhkan oleh LVNS Group di Asia Tenggara yang akan meletakkan Malaysia sebagai hab pengilangan pengetahuan dan teknologi di rantau ini. Menurutnya, pengumuman…