PETALING JAYA: EP Manufacturing Berhad (EPMB) mengumumkan pembukaan kilang pengeluaran tempat duduk kereta baharu di Tanjung Malim. Kilang itu dijangka akan memainkan peranan penting dalam pengeluaran kenderaan akan datang Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd (Proton). Dibangunkan dengan pelaburan lebih RM30 juta, kilang itu terletak hanya 2.5 kilometer dari kilang Proton di Tanjung Malim, di mana dua pemegang saham utama Proton, DRB-HICOM Berhad dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely),…