PETALING JAYA: Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd. (CTRM) mencipta sejarah dalam industri aeroangkasa apabila fasiliti ujiannya disahkan sebagai hab kalibrasi rantau Asia Pasifik untuk produk-produk ujian oleh Testia, anak syarikat Airbus. Dengan termeterainya Perjanjian Perkhidmatan Induk antara CTRM dan Testia, anak syarikat CTRM iaitu CTRM Testing Laboratory Sdn. Bhd. (CTRM TL) telah dipilih sebagai hab kalibrasi pertama untuk produk ujian Testia di rantau Asia-Pasifik, dan yang pertama di luar…











