CelcomDigi, Time tingkat kebolehcapaian gentian rumah

CelcomDigi, Time berkolaborasi tingkat kebolehcapaian gentian rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: CelcomDigi Berhad dan TIME dotCom menjalin kerjasama untuk menyediakan lebih banyak pilihan sambungan gentian rumah di seluruh negara, selain menyediakan penyelesaian bersepadu kepada pelanggan Celcom dan Digi.

Melalui kerjasama itu, CelcomDigi akan memanfaatkan infrastruktur jaur lebar gentian Time untuk memperluaskan tawaran gentian CelcomGiti kepada lebih ramai rakyat Malaysia, terutama penghuni kondominium dan pangsapuri.

Dalam kenyataan bersama, syarikat itu berkata, pelanggan CelcomDiti akan menikmati faedah hebat seperti jalur lebar berkelajuan tinggi hingga 1Gbps, kelajuan muat naik yang tinggi menerima tawaran kelajuan laluan menurun dan laluan menaik yang simetri Time serta pemasangan gentian lebih pantas.

“Tambahan lagi, dengan memanfaatkan infrastruktur sedia ada, kolaborasi seperti ini membolehkan CelcomDigi menawarkan pelan dengan gentian yang menyokong keperluan pelanggan, umpama pelan sehenti untuk keperluan sambungan yang menyeluruh. Kolaborasi ini juga membolehkan CelcomDigi menyediakan perkhidmatan Internet dengan pantas dan lebih kos efesien, selaras dengan aspirasi digital negara,” katanya.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Albern Murty berkata, usahasama dengan Time adalah permulaan yang kukuh buat CelcomDigi dalam mengembangkan tawaran sambungannya agar lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati pengalaman internet yang lancar dan konsisten baik di dalam mahupun luar rumah.

“Pelanggan kami kini mempunyai penyelesaian bersepadu yang berpatutan untuk keperluan internet dan gaya hidup mereka.

Terdapat lebih banyak lagi inisiatif pada masa akan datang yang bermanfaat kepada rakyat Malaysia hasil daripada usahasama strategik kami bersama Time,” katanya.

Pengarah Eksekutif Time, Datuk Zainal Amanshah pula berkata, Syarikat telah memberikan akses terhadap rangkaian gig-speed kepada penyedia perkhidmatan internet untuk beberapa ketika dan kini berbesar hati dapat menyokong dalam menyediakan sambungan internet yang pantas dan konsisten kepada pelanggan CelcomDigi.

“Kami percaya akses terhadap internet berkelajuan gigabit perlu diperluaskan kepada seramai mungkin rakyat Malaysia, justeru itu kami akan terus mengembangkan liputan ke seluruh Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×