PETALING JAYA: Berjaya Land Berhad (BLand) mengumumkan pelantikan semula bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Penerbangan di BLand, Datuk Kapten Chester Voo sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di Berjaya Air Sdn. Bhd. dan AsiaJet Sdn. Bhd. berkuat kuasa 1 Disember 2023. Peralihan strategik itu menggariskan komitmen syarikat untuk mengoptimumkan pengalamannya yang luas dan kepakaran dalam kapasiti baharunya. BLand dalam kenyataan berkata, Chester merupakan seorang profesional penerbangan dengan pengalaman selama 29 tahun,…










