PETALING JAYA: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), mengeluarkan garis panduan Kelakuan Pasaran dan Amalan Perniagaan bagi Syarikat Broker Saham dan Wakil Berlesen (Garis Panduan SBC) yang disemak semula berkuat kuasa 7 September 2023. SC dalam satu kenyataan memaklumkan, garis panduan yang disemak semula itu menggariskan keperluan yang membolehkan syarikat broker saham menawarkan perkhidmatan dagangan saham pecahan untuk saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Menurutnya, saham pecahan merupakan bahagian saham yang kurang…










