Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam sesi awal dagangan disebabkan pelabur menunggu keputusan kadar faedah oleh bank pusat utama minggu ini, kata pakar ekonomi.

Pada pukul 9 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.6890/6940 berbanding dolar AS daripada penutup semalam pada 4.6870/6915.

Memetik laporan Bernama, Ketua ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, peserta pasaran akan memantau mesyuarat dua hari Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS bermula hari ini untuk panduan mengenai persekitaran makroekonomi.

Bank of England juga kata beliau, akan mengadakan mesyuarat dasar monetarinya pada 21 September di mana mereka dijangka melaksanakan satu lagi kenaikan sebanyak 25 mata asas yang akan membawa kadar bank kepada 5.5 peratus.

“Bank of Japan juga akan bermesyuarat pada 22 September dengan tiada perubahan dijangka dalam pendirian dasar mereka,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama pada sesi awal.

Mata wang negara itu menyusut berbanding yen Jepun kepada 3.1755/1791 daripada 3.1750/1783 pada penutup semalam, juga turun berbanding euro pada 5.0116/0169 daripada 5.0020/0068. Namun, ringgit meningkat berbanding pound British kepada 5.8059/8121 daripada sebelumnya 5.8059/81218.

Ringgit juga didagangkan lebih rendah berbanding mata wang ASEAN yang lain. Ia lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.4387/4429 daripada 3.4347/4383 pada penutup semalam, dan jatuh berbanding peso Filipina kepada 8.27/8.29 daripada 8.24/8.25 sebelumnya.

Ia juga turun berbanding rupiah Indonesia kepada 305.0/305.5 daripada 304.8/305.3 semalam dan susut berbanding baht Thailand kepada 13.1407/1595 daripada 13.1156/1337 sebelumnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN