Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar

Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pada pagi ini selepas Rizab Persekutuan (Fed) AS memutuskan untuk menghentikan seketika kenaikan kadar faedah negara itu.

Memetik laporan Bernama, pada sesi dagangan pukul 9 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.6890/6935 berbanding dolar AS daripada penutup semalam pada 4.6840/6880.

Pada malam Rabu, Fed AS memutuskan untuk mengekalkan kadar stabil antara 5.25 dan 5.50 peratus.

Bagaimanapun, Pengerusi Fed, Jerome Powell menegaskan bahawa mereka akan bersedia untuk menaikkan kadar lagi jika ia diperlukan untuk mengawal inflasi.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd. (Bank Muamalat), Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, walaupun Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan mengekalkan kadar faedah tidak berubah, kenyataan daripada Powell bersandar kepada `hawkish’ kerana mereka komited untuk menurunkan inflasi kepada sasaran sebanyak 2 peratus.

“Berdasarkan pendirian `hawkish’, dolar AS dijangka menjadi mata wang yang sangat dicari,” katanya.

Sementara itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1595/1627 daripada 3.1653/1682 penutup semalam, naik berbanding euro kepada 4.9853/9901 daripada 5.0114/0157 dan meningkat berbanding pound Britain pada 5.7731/7785 daripada 5.7956/8005.

Nota tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN lain.

Ringgit menambah nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.4281/4317 daripada 3.4348/4382 dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.9120/9298 daripada 12.9891/13.0056.

Bagaimanapun, ringgit rendah sedikit berbanding rupiah Indonesia pada 304.8/305.2 daripada 304.5/304.9 dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.24/8.26. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN