PETALING JAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) sedang membangunkan garis panduan kajian kebolehlaksanaan pembangunan tapak pelancaran ke angkasa lepas. MOSTI percaya, Malaysia mempunyai potensi besar untuk turut terlibat dalam pembangunan kemudahan pelancaran angkasa lepas (space launching facility). Menurut MOSTI, keunikan geografi Malaysia yang terletak berhampiran garisan Khatulistiwa memberikan kelebihan kepada negara untuk membangunkan perkhidmatan fasiliti pelancar dengan kos operasi yang jauh lebih kompetitif. Setakat…










