KSP RMK12 inklusif dan komprehensif - Zafrul - Utusan Malaysia

KSP RMK12 inklusif dan komprehensif – Zafrul

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyifatkan pembentangan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) 2021-2025 sebagai inklusif dan komprehensif.

Menurut Tengku Zafrul, pembentangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini bertepatan pada masanya memandangkan ia menyentuh pelbagai lapisan masyarakat dan ekonomi.

“Kita telah mendengarkan cadangan bukan sahaja mengenai cadangan separuh penggal tetapi cadangan-cadangan baharu untuk memperkuat serta memperkukuhkan lagi ekonomi negara.

“Secara keseluruhan pembentangan KSP RMK12 sangat komprehensif memandangkan ia melibatkan inklusiviti (keterangkuman) untuk semua orang,” katanya ketika ditanya pemberita selepas berucap pada Sidang Kemuncak ‘The Cooler Earth Sustainability Summit CIMB’ (The Cooler Earth 2023), di sini, hari ini.

Ujar beliau, dari segi perspektif Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), pelbagai isu utama telah dibangkitkan perdana menteri melalui KSP RMK12.

“Saya rasa masanya amat bertepatan misalnya bagaimana kita hendak memperkukuhkan industri-industri yang ekonomi kompleksitinya lebih tinggi termasuk isu Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Kita juga perlu memberi lebih banyak fokus dalam memastikan negara mempunyai rantaian bekalan bakat berkemahiran tinggi selain minat pelajar di dalam bidang STEM,” katanya.

Terdahulu, Anwar menyifatkan KSP RMK12 bukan pendekatan biasa tetapi adalah meliputi dasar dan kaedah baharu untuk menghadapi rintangan semasa.

Menurut beliau KSP RMK12 mengetengahkan 17 anjakan besar untuk memangkinkan pembangunan sosioekonomi melalui tiga fokus utama iaitu memperkukuh kemampanan, pembangunan sejahtera dan mencapai berpendapatan tinggi.

“Negara ini berada di persimpangan sama ada mengekalkan dasar lama atau melakukan perubahan.

“Kajian RMK12 ternyata bukan pendekatan biasa, tetapi merangkumi langkah baharu untuk hadapi cabaran semasa,” katanya ketika pembentangan Kajian Separuh Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK-12) di Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya