Jurang pendapatan dan harga rumah makin melebar - Utusan Malaysia

Jurang pendapatan dan harga rumah makin melebar

PENGURUS Negara, Malaysia bagi PropertyGuru.com.my dan iProperty.com.my, Sheldon Fernandez, semasa pada sesi taklimat CCS bagi separuh kedua 2023 bersama media di sini, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu memberi tumpuan mengatasi jurang paras pendapatan dengan harga hartanah yang semakin melebar dalam membantu rakyat memiliki kediaman sendiri.

Pengurus Negara, Malaysia bagi PropertyGuru.com.my dan iProperty.com.my, Sheldon Fernandez berkata, situasi tersebut mendorong harga hartanah di negara ini menjadikan tidak mampu milik bagi golongan berpendapatan rendah.

Menurut beliau, justeru itu, semua pihak termasuk kerajaan dan pemaju perlu memainkan peranan dalam menangani isu tersebut sekaligus membawa kepada kemampuan memiliki rumah dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Apa yang saya harapkan adalah usaha bersama dalam memastikan kediaman mampu milik dapat dimiliki memandangkan terdapat jurang yang besar dengan paras pendapatan dan harga hartanah.

“Jadi perlu ada inisiatif terhadap pertumbuhan pendapatan bagi merapatkan jurang ini selain membantu menggalakkan pasaran hartanah,” katanya pada sesi taklimat Kajian Sentimen Pengguna (CCS) bagi separuh kedua 2023 bersama media di sini, semalam.

Sheldon berkata, beliau bersetuju dengan tindakan kerajaan dalam memberi tumpuan kepada pertumbuhan pendapatan memandangkan ia mampu merapatkan jurang pendapatan dengan harga rumah yang semakin melebar.

Mengulas lanjut, Sheldon berkata, langkah kerajaan memperkenalkan pelbagai program bantuan perumahan sebagai sebahagian daripada inisiatif Ekonomi Madani juga merupakan perkembangan yang disambut baik oleh industri dan rakyat.

Beliau berkata, tindakan berkenaan merupakan langkah yang patut dipuji kerana, mengikut laporan CSS H2 2023, 50 peratus daripada mereka yang ditinjau, terutamanya demografi yang lebih muda dan berpendapatan rendah, sangat bergantung pada sokongan kerajaan untuk membeli rumah.

Jelas beliau lagi, 46 peratus daripada responden menyatakan cabaran berterusan dalam mendapatkan pembiayaan untuk skim perumahan mampu milik dan kesukaran itu sekaligus melemahkan objektif utama pelbagai inisiatif perumahan mampu milik yang sedia ada.

“Untuk membantu rakyat mengatasi halangan pemilikan rumah semasa, bantuan kerajaan yang pantas dan disasarkan adalah penting untuk menangani cabaran ini dengan tepat dalam jangka masa panjang.

“Dengan kadar dasar semalaman (OPR) yang dikekalkan pada 3.0 peratus dan penurunan inflasi sehingga 2.0 peratus, ini adalah peluang yang baik untuk kerajaan menjalankan semula kajian menyeluruh terhadap skim dan inisiatif perumahan semasa dan yang sedang dalam cadangan.

“Ini akan membantu mendorong mereka yang berhasrat untuk membeli untuk mengambil langkah pertama ke arah pemilikan rumah,” katanya.

Tambah beliau lagi, PropertyGuru sentiasa menantikan pengumuman Belanjawan 2024 untuk melihat apakah yang akan disediakan bagi membantu impian bakal pembeli rumah negara ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya