Iconic, Marriott meterai perjanjian francais bangunkan hotel RM180 juta - Utusan Malaysia

Iconic, Marriott meterai perjanjian francais bangunkan hotel RM180 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI: Iconic Penang Sdn. Bhd (Iconic) memeterai perjanjian francais dengan Marriott International bagi membangunkan projek hotel bertaraf lima bintang, Hotel Iconic Marjorie yang dianggarkan bernilai RM180 juta.

Pembinaan hotel mewah setinggi 32 tingkat di bawah jenama Tribute Portfolio di Bayan Lepas itu menawarkan 298 bilik dan dijangka memulakan operasi pada tahun depan.

Pengarah Iconic Penang Sdn. Bhd, Datuk Seri Tan Kean Tet berkata, jalinan kerjasama dengan Marriott International adalah salah satu usaha merancakkan lagi reputasi Iconic dalam industri perhotelan.

“Marriott International merupakan syarikat perhotelan terbesar dunia malah secara konsisten mempamerkan tahap perkhidmatan, gaya dan kecanggihan yang tinggi.

“Saya yakin perkongsian kami akan menaikkan nilai hartanah dan aset hotel Iconic sekali gus dapat memperhebatkan lagi jenama Marriott International di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian francais di Iconic Hotel, Bukit Mertajam di sini, hari ini.

Hadir sama, Naib Presiden Kanan Pembangunan, Asia Pasifik (kecuali China) Marriott International, Kevin Chen.

Majlis menandatangani perjanjian francais itu turut disaksikan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Tambah Kean Tet lagi, hotel mewah bercirikan Baba Nyonya itu bakal menjadi tarikan sekali gus mempamerkan keindahan warisan budaya negeri ini.

“Firma terkemuka, Hirsch Bedner Associates (HBA) dilantik untuk mengetuai usaha reka bentuk dalaman hospitaliti dan kami yakin ia dapat menambah nilai besar kepada hotel ini.

“Selain itu, hotel ini bersedia nenjadi hotel pertama di Pulau Pinang yang mencapai standard emas berprestij dalam sistem penarafan Indeks Bangunan Hijau (GBI),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN