Google didakwa bayar AS$10 bilion untuk kekal kedudukan

Google didakwa bayar AS$10 bilion untuk kekal kedudukan

Gambar Hiasan - Google Headquarters
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Google Alphabet Inc didakwa membayar lebih AS$10 bilion (RM46.7 bilion) setahun untuk mengekalkan kedudukannya sebagai `enjin carian lalai’ (default search engine) pada pelayar web dan peranti mudah alih, kata peguam Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS).

Peguam Kenneth Dintser berkata, Google bertindak demikian untuk menyekat persaingan. Beliau berkata demikian dalam kes perbicaraan anti-trust membabitkan syarikat telekomunikasi gergasi itu di sini.

“Kes ini adalah mengenai masa depan internet dan sama ada enjin carian Google akan menghadapi persaingan yang bermakna,” kata Dintzer, dalam hujah diawal perbicaraan kes itu, lapor Reuters.

“Bukti akan menunjukkan mereka menuntut eksklusiviti lalai untuk menyekat persaingan,” katanya lagi.

Dintzer berkata, Google memonopoli sekurang-kurangnya pada 2010 dan hari ini mengawal lebih daripada 89 peratus pasaran carian dalam talian.

“Syarikat itu membayar berbilion-bilion untuk kemungkiran kerana mereka berkuasa secara unik. Selama 12 tahun yang lalu, Google telah menyalahgunakan monopolinya dalam carian umum,” kata beliau.

Perbicaraan monopoli itu adalah yang pertama melibatkan syarikat teknologi AS dalam tempoh lebih dua dekad.

Jabatan Kehakiman dan 52 peguam negara dari negeri dan wilayah AS mendakwa Google mengekalkan monopolinya secara haram dengan membayar berbilion-bilion kepada pesaing teknologi, pembuat telefon pintar dan pembekal wayarles sebagai pertukaran untuk ditetapkan sebagai pilihan yang telah dipilih atau lalai pada telefon mudah alih dan penyemak imbas web.

Peguam Google bagaimanapun menafikan dakwaan peguam kerajaan itu, dan akan membentangkan hujah pembelaan kemudian.

Fasa pertama perbicaraan akan menilai sama ada Google telah memonopoli pasaran carian dalam talian secara haram.

Hakim Daerah, Amit Mehta, yang menghakimi perbicaraan, dijangka mengeluarkan keputusan tahun depan sama ada Google melanggar undang-undang atau sebaliknya.

Jika Jabatan Kehakiman menang, ia mungkin mendapatkan remedi pada fasa kedua perbicaraan untuk memutuskan perniagaan carian Alphabet daripada produk lain, seperti Android dan Peta Google.

Dintzer berkata, Google telah “mempergunakan” `perjanjian lalai’ untuk menghalang pesaing dan menggunakan kuasa pasarannya dengan menyekat Apple Inc daripada menggunakan pilihan yang lebih baik daripada Google sebagai penyemak imbas `lalai’ (default) pada komputer, telefon dan peranti lain.

“Menjelang 2020, Google membayar antara AS$4 bilion dan AS$7 bilion kepada Apple untuk `lalai’ (default) di Safari,” kata Dintzer.

Google membayar lebih AS$1 bilion kepada pembawa wayarles untuk menjadi `tetapan lalai’ (default setting) pada telefon pintar Android di bawah perjanjian yang bertujuan melindungi Google daripada saingan, katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN