Glomac catat pendapatan RM60.1 juta - Utusan Malaysia

Glomac catat pendapatan RM60.1 juta

UNTUNG bersih Glomac bagi suku ketiga tahun kewangan 2024 lebih tinggi dipacu hasil yang lebih tinggi daripada perniagaan pembangunan dan pelaburan hartanahnya. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Glomac Berhad (Glomac) telah mencatatkan pendapatan sebanyak RM60.1 juta bagi suku pertama kewangan berakhir 30 April 2024 berbanding RM65.5 juta yang dilaporkan dalam tempoh sama tahun lalu.

Bagi tempoh tersebut, Glomac turut merekodkan peningkatan jumlah jualan baharu berjumlah RM101 juta, iaitu peningkatan 94 peratus berbanding RM52 juta dalam tempoh yang sama TK2023.

Menurut Glomac, pendapatan kumpulan dipacu kesan daripada aktiviti pembinaan yang berterusan, termasuk fasa pembangunan terkini di Saujana KLIA, serta 121 Residences,
pembangunan kediaman bertingkat tinggi di daerah Petaling Jaya – Damansara.

“Dalam tempoh yang sama, keuntungan sebelum cukai menurun sebanyak RM6.2
juta, kesan daripada kadar kenaikan faedah.

“Kedudukan kewangan Glomac terus menunjukkan perkembangan yang sihat. Setakat 31 Julai 2023, wang tunai dan deposit tunai terus meningkat kepada RM305.4 juta daripada RM288.8 juta pada akhir April 2023.

“Penggearan bersih adalah lebih rendah pada 0.12x berbanding dana pemegang saham sebanyak RM1.193 bilion.

“Aset bersih sesaham Kumpulan meningkat kepada RM1.55 setakat akhir Julai 2023 berbanding RM1.53 pada akhir April 2023. Ini diterjemahkan kepada nisbah nilai buku sesaham sebanyak 0.25x,” katanya dalam kenyataan.

Ujarnya, pertumbuhan jualan yang teguh didorong oleh penjualan sepenuhnya kedai pejabat di Lakeside Boulevard II, yang merupakan fasa kedua komponen komersial di Lakeside Residences, Puchong.

Projek tersebut menawarkan 49 unit rumah kedai dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM86 juta, telah dijual sepenuhnya dalam tempoh 3 bulan sejak pelancarannya pada akhir April 2023.

Selain itu, katanya, penjualan fasa komersial terbaharu di perbandaran Saujana Perdana turut mendapat sambutan baik sejak pelancaran rasminya pada April 2023. 81 rumah kedai dengan anggaran GDV RM71 juta, hampir habis dijual pada akhir Julai 2023.

“Pada tahun kewangan ini, Glomac merancang untuk melancarkan projek baharu bernilai hampir RM700 juta, iaitu projek Loop City, sebuah pembangunan kediaman bersepadu baharu yang terletak di tengah-tengah Puchong dengan jumlah anggaran GDV RM1.57 bilion.

“Fasa awal merangkumi kediaman Jenis SoHo “SoHos” dan pangsapuri servis dengan anggaran GDV sebanyak RM338 juta.

“Pelancaran baharu lain seperti unit kediaman teres dan bertingkat tinggi di perbandaran sedia ada seperti Lakeside Residences dan Saujana KLIA,” katanya.

Glomac memiliki portfolio yang mantap serta pembangunan simpanan tanah yang strategik dengan anggaran nilai GDV hampir RM8 bilion.

Di Johor, gabungan projek Sri Saujana dan Saujana Jaya mempunyai 238 ekar tanah dengan potensi GDV sebanyak hampir RM800 juta, kesan pemangkin dari rancangan kerajaan Negeri Johor untuk meningkatkan aktiviti ekonomi, seperti kewujudan zon kewangan khas di Forest City serta potensi pemulihan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dari Kuala Lumpur ke Singapura. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN