Gen Z : Adakah Alam Pekerjaan Sudah Bersedia?

Gen Z : Adakah Alam Pekerjaan Sudah Bersedia?

GENERASI Z dikatakan lebih gemarkan suasana kerja secaa hibrid dan fleksibel. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UNJURAN Forum Ekonomi Dunia (WEF) menunjukkan bahawa Ge­nerasi Z bakal membentuk segmen yang banyak dalam alam pekerjaan menjelang 2025 de­ngan menggariskan kepentingan terhadap penstrukturan semula bagi menarik minat, mengurus dan mengekalkan kemunculan kohort ini.

Walau bagaimanapun, satu tinjauan mendedahkan bahawa 62 peratus pekerja Gen Z secara aktif mahupun pasif sedang meneroka peluang pekerjaan alternatif, membayangkan keadaan dimana pekerja terputus hubungan antara strategi tempat kerja yang lazim dan keperluaan awal terhadap penglibatan demografi ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Apabila Generasi Z mula mengisi kedudukan penting jawatan dalam bidang profesional, muncul soalan yang mendesak: Adakah tempat kerja telah dilengkapi secukupnya untuk menampung pilihan dan keinginan serta jangkaan berbeza generasi ini?

Sebagai generasi terbaharu yang menempuh alam pekerjaan, Gen Z membawa bersama ciri-ciri unik, kefasihan teknologi serta pandangan yang dibentuk melalui pengalaman mereka. Justeru, perkara ini amat penting untuk sesebuah perniagaan menyemak samada organisasi mereka telah bersedia untuk memahami dan memenuhi harapan dan keperluan kumpulan generasi ini.

Apakah perkara yang Gen Z anggap bernilai di tempat kerja?

Kemasukan Generasi Z (lahir 1997-2012) ke dalam bidang pekerjaan telah mewujudkan evolusi terhadap jangkaan. Dalam keadaan pekerjaan yang menuju ke arah persekitaran kerja hibrid dan kos sara hidup yang meningkat, Gen Z inginkan pekerjaan yang menawarkan tanggjungjawab sosial, diversiti dan fleksibiliti. Walaupun mereka memiliki harapan yang tinggi terhadap dunia pekerjaan, majikan perlu menangani perkara ini. Perniagaan yang ingin kekal kompetitif perlu melakukan penyelarasan berdasarkan pe­ngalaman majikan dan pekerja sedia ada dengan nilai-nilai yang diimpikan oleh Gen Z ini.

Antara perkara utama yang dicari oleh Gen Z di tempat kerja:
1. Memenuhi dan bercirikan tanggungjawab secara sosial: Hampir 40 peratus pekerja Gen Z menolak tugasan kerja berikutan kebimbangan melibatkan etika. Generasi ini mengutamakan peranan bersama-sama kelestarian persekitaran dan impak sosial serta mencari peluang untuk bekerja dengan organisasi yang mengutamakan kelesta­rian dan amalan etika kerja yang baik.

2. Pelaburan dalam pembangunan dan pembelajaran: Pekerja Gen Z inginkan peluang konsisten untuk pembangunan profesional, latihan tempat kerja: (melebihi daripada latihan yang kebiasaannya diberikan). Mereka mencari peluang dimana latihan peningkatan kemahiran diberi secara kerap dan yang lebih personal. Setiap perniagaan harus memanjangkan peluang pembangunan kemahiran yang seringkali ditawarkan kepada pegawai kanan kini ditawarkan kepada semua pekerja sepanjang kerjaya mereka. Peralatan teknologi yang membantu pekerja seperti bimbingan digital adalah penting untuk keberkesanan kos dan pelaksanaan kerja yang efisien.

3. Pengalaman kerja pertama yang fleksibel: 73 peratus pekerja termasuk Gen Z mencari peluang pekerjaan daripada organisasi yang menawarkan aturan kerja fleksibel secara tetap untuk mengimbangkan gaya hidup (work life balance). Pekerja Gen Z yang diberi peluang untuk bekerja secara remote atau hybrid akan menghargai penjimatan masa pergi dan balik berkaitan aktiviti peribadi.

4. Kepelbagaian dan kete­rangkuman: Pekerja Gen Z meletakkan nilai tinggi terhadap kepelbagaian dan keterangkuman di tempat kerja. Mereka mencari persekitaran di mana semua individu dihormati dan diwakili.

5. Sokongan kesihatan mental: Pekerja Gen Z lebih terbuka mengenai kesihatan mental dan menghargai majikan yang boleh menawarkan sumber serta sokongan untuk menjaga dan memelihara kesejahteraan diri mereka.

Secara dasarnya, kemasukan Gen Z ke alam pekerjaan adalah satu langkah perubahan kepada majikan untuk melaksanakan proses introspeksi dan evolusi di tempat kerja.

Ketersediaan tempat kerja untuk mengharmonikan aspirasi generasi ini semestinya akan membentuk trajektori budaya korporat dan landskap profesional secara meluas. Dunia korporat kini berada dipersimpangan transformatif ini dalam menyesuaikan keadaan dengan nilai-nilai yang boleh membantu majikan menarik minat dan mengekalkan bakat generasi ini.

PENULIS adalah Pengasas dan Pengurus Besar Aisling Group – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini