DingTalk unjur pertumbuhan pelanggan global

DingTalk unjur pertumbuhan pelanggan global

ALEX LI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANGZHOU: Aplikasi komunikasi syarikat milik Alibaba, DingTalk mengunjurkan pertumbuhan pelanggan dan penggunanya di peringkat global, didorong dengan penglibatan syarikat itu dalam Sukan Asia Hangzhou.

Naib Presiden DingTalk, Alex Li berkata, aplikasi tersebut kini mempunyai 23 juta pengguna meliputi 180 negara terutama di Asia.

Katanya, kerjasama dalam Sukan Asia membuka ruang dan mendedahkan lagi platform itu kepada pengguna dan pelanggan di Asia serta tawaran yang sediakan oleh DingTalk.

“Memandang ke hadapan, kami akan terus menambah baik produk dan pengalaman pengguna di samping meningkatkan lebih banyak pelanggan di peringkat global.

“Kami banyak menerima permintaan pelanggan berkaitan acara seperti festival muzik. Ini kerana, bagi acara seperti ini, mereka memerlukan satu alat (aplikasi) yang efektif bagi menguruskan penyertaan pada skala yang besar.

“Oleh itu, DingTalk untuk Sukan Asia sangat efektif bagi senario begini. Jadi, kami melihat pada lebih banyak pengli­batan dalam acara besar seperti sukan, pameran, festival musik dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada taklimat bersama media dari Asia Pasifik di sini semalam.

Ketika ditanya sama ada DingTalk akan terlibat dalam acara Sukan Olimpik Paris 2024, Alex berkata, pihaknya dalam proses rundingan dengan penganjur.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan mereka dan berkongsi amalan terbaik kami,” ujarnya.

DingTalk untuk Sukan Asia ialah penyelesaian digital awan yang digunakan dan diuruskan pada awan, menawarkan pe­ngalaman pengguna yang boleh dipercayai, berskala besar dan selamat.

Ia berfungsi sebagai alat kerjasama sehenti yang menghubungkan pihak berkepenti­ngan merentas semua peringkat kitaran hayat acara sukan daripada penganjur dan pembekal kepada sukarelawan dan pengendali tempat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN