PETALING JAYA: Bursa Malaysia dibuka rendah, mengambil petunjuk daripada prestasi lemah Wall Street apabila peniaga memberi respons ke atas kenyataan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat mengenai lebih banyak kenaikan kadar menjelang suku akhir 2023, kata penganalisis. Menurut laporan Bernama, pada 9.05 pagi ini, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.11 mata kepada 1,445.10 daripada 1,448.21 penutup semalam. Kaunter rugi mendahului kaunter untung sebanyak 200 berbanding 83, manakala 238 kaunter…










