SEPANG: Syarikat katering dalam penerbangan, Brahim’s Holdings Berhad (BHB) bersedia mempertimbang untuk melepaskan 70 peratus kepentingan dalam Brahim’s Food Services Sdn. Bhd. (BFS) bagi membantu anak syarikatnya itu menstruktur semula kedudukan kewangan. Menurut Pengerusi Eksekutif BHB, Datuk Seri Ibrahim Ahmad, BHB telah memulakan rundingan bersama beberapa syarikat tempatan sejak beberapa minggu lalu mengenai perkara tersebut. “Beberapa syarikat telah mengambil pendekatan untuk mengadakan pertemuan dan rundingan sejak tiga minggu lalu untuk…