PETALING JAYA: Bilangan penganggur terus menurun kepada 579,200 orang pada Julai 2023 berbanding 581,700 pada bulan sebelumnya, mencatatkan kadar pengangguran 3.4 peratus, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pasaran buruh dilihat berkembang secara sederhana, merekodkan bilangan penduduk bekerja yang semakin meningkat, manakala bilangan penganggur menurun. Katanya, bilangan tenaga buruh pada Julai naik sebanyak 0.1 peratus kepada 16.91 juta orang (Jun 2023:…










