Bayar tol guna kad bank di Lebuhraya GCE, AKLEH

Bayar tol guna kad bank di Lebuhraya GCE, AKLEH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (PROLINTAS) menjalankan ujian rintis Sistem Pembayaran Terbuka (SPT) untuk bayaran tol menggunakan kad debit, kad kredit atau kad prabayar di Lebuhraya Koridor
Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PROLINTAS, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, alternatif baharu pembayaran tol itu boleh digunakan oleh pengguna kenderaan Kelas 1 (kereta) di lorong yang telah dikenal pasti dengan papan tanda khas pada gantri.

Kata beliau, sistem itu mula dijalankan di ketiga-tiga plaza tol Lebuhraya GCE iaitu Plaza Tol Bukit Jelutong, Plaza Tol Elmina dan Plaza Tol Lagong bermula 13 September 2023.

Sementara itu, Plaza Tol Datuk Keramat, Lebuhraya AKLEH sudah menerima pembayaran tol baharu itu sejak 9 September lalu, katanya.

“Satu lorong disediakan di setiap plaza tol untuk proses percubaan sistem itu selaras dengan piawaian yang ditetapkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM),” ujarnya dalam kenyataan.

Tambah beliau, kaedah itu sebagai tambahan kepada kaedah pembayaran sedia ada seperti kad Touch n’ Go, SmartTag dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

“Inisiatif ini dijangka menyediakan kemudahan dan fleksibiliti untuk pengguna lebuh raya di plaza tol dengan lebih banyak pilihan pembayaran tol sekali gus menyumbang ke arah penambahbaikan industri lebuh raya negara
secara keseluruhannya,” jelas beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN