PETALING JAYA: UMW Holdings Berhad mencatat keuntungan bersih yang meningkat hampir tiga kali kepada RM303.55 juta dalam suku kedua tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023 daripada RM107.19 juta bagi tempoh sama tahun lepas, didorong oleh penjualan sebidang tanah perindustrian di Serendah. Perolehan hasilnya melonjak 20.2 peratus kepada RM4.48 bilion daripada RM3.73 bilion, sebelum ini. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Kumpulan itu berkata, peningkatan hasil itu didorong oleh sumbangan lebih tinggi…










