KUALA LUMPUR: Sistem invois elektronik atau e-invois akan dilaksanakan pada separuh pertama 2024 (1H 2024), selaras dengan agenda pendigitalan kerajaan. Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Dr. Mohd. Nizom Sairi berkata, e-invois akan menyelaras dan meningkatkan sistem cukai negara, menggalakkan ketelusan dan memberikan penilaian risiko pematuhan yang lebih tepat. “Ia juga akan menangani isu ketirisan hasil akibat ekonomi bayangan. Selain itu, bagi menampung kepastian cukai, LHDN telah…










