Sembilan syarikat Malaysia disenarai dalam Forbes Asia 

Sembilan syarikat Malaysia disenarai dalam Forbes Asia 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Forbes Asia menyenaraikan sembilan syarikat Malaysia dalam kategori Terbaik Di Bawah Satu Bilion 2023.

Senarai itu menonjolkan 200 syarikat awam Asia Pasifik dengan pendapatan kurang daripada AS$1 bilion (RM4.57 bilion) dan pertumbuhan atas dan bawah yang konsisten.

Menurut Forbes Asia edisi Ogos 2023, syarikat Malaysia yang tersenarai adalah Frontken Corp Bhd., Greatech Technology Bhd., Harbour-Link Group Bhd., Kim Loong Resources Corp Bhd., QES Group Bhd., Scicom (MSC) Bhd., Thong Guan Industries Bhd., Uchi Technologies Bhd. dan ViTrox Corp Bhd.

Katanya,  senarai tahunan Terbaik Di Bawah Satu Bilion mengiktiraf 200 syarikat penyenaraian awam bersaiz kecil dan sederhana di rantau ini yang mengatasi prestasi walaupun menghadapi tekanan global seperti inflasi dan peningkatan kos pendanaan.

“Syarikat yang menonjol tertumpu dalam pembuatan cip dan industri berkaitan. Permintaan untuk semikonduktor yang terdapat dalam barangan harian seperti telefon pintar, peralatan dan kereta melonjak dalam tempoh tiga tahun lalu.

“Ini berikutan dengan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang semakin pantas, walaupun pasaran dijangka sedikit berkurangan tahun ini akibat kekangan bekalan semakin berkurangan,” katanya.

Sementara itu, Forbes Asia berkata, syarikat lain yang berprestasi baik dalam senarai termasuk syarikat yang menyampaikan penyelesaian teknologi maklumat (IT) yang menyokong transformasi digital penjagaan kesihatan, logistik dan pembuatan serta industri lain.

Dalam pada itu, perniagaan yang bergantung pada perbelanjaan pengguna, seperti restoran, hiburan dan sukan, terus mengalami peningkatan dalam jualan apabila sekatan Covid-19 semakin dihapuskan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×