KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti (SC) yakin Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan pada 12 Ogos ini, tidak akan memberi kesan buruk ke atas aliran modal atau prestasi pasaran. Malah, Pengerusi SC, Datuk Seri Dr. Awang Adek Hussin yakin, sentimen pasaran modal yang baik dan menunjukkan peningkatan sejak kebelakangan ini akan berterusan selepas PRN berlangsung. Justeru katanya, para pelabur tidak perlu bimbang dengan senario politik yang berlaku sekarang kerana PRN…