PETALING JAYA: Kadar pengangguran pada Jun 2023 turun 0.1 peratus kepada 3.4 peratus daripada 3.5 peratus bulan sebelumnya, dengan bilangan penganggur terus berkurangan kepada 581,700 orang, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Menurut DOSM, kadar pengangguran suku kedua 2023 kekal pada 3.5 peratus, dengan bilangan tenaga buruh terus mencatatkan peningkatan 0.5 peratus kepada 16.73 juta orang berbanding suku pertama berjumlah 16.65 juta orang. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin…










