Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan meningkat 2.7 peratus

Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan meningkat 2.7 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Indeks Harga Pengeluaran Perkhidmatan (IHPRP) meningkat 2.7 peratus kepada 114.9 mata pada suku tahun kedua 2023, berbanding 111.9 mata suku sama tahun sebelumnya, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, kebanyakan subsektor merekodkan peningkatan harga pada suku dilaporkan.

Jelasnya, indeks penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman meningkat sebanyak 6.3 peratus berbanding suku pertama 8.3 peratus, disebabkan oleh peningkatan dalam restoran dan aktiviti perkhidmatan makanan bergerak (7.2 peratus), manakala subsektor pengangkutan meningkat 4.8 peratus (ST1: 6.5 peratus) disumbangkan oleh pengangkutan penumpang udara (19.5 peratus).

Pada masa yang sama katanya, subsektor lain yang merekodkan kenaikan adalah kesenian, hiburan dan rekreasi yang meningkat 2.0 peratus; pendidikan (1.0 peratus), profesional (0.5 peratus) dan kesihatan (0.3 peratus).

“Sementara itu, indeks aktiviti hartanah mencatatkan sedikit penurunan 0.1 peratus dan indeks maklumat dan komunikasi kekal tidak berubah,” katanya dalam kenyataan mengenai Indeks Harga Pengeluaran Perkhidmatan Suku Tahun Kedua 2023 (ST2 2023), hari ini.

Mohd. Uzir berkata, perbandingan suku tahun ke suku tahun menunjukkan IHPRP meningkat 0.2 peratus berbanding 0.3 peratus yang dilaporkan pada suku tahun sebelumnya.

Peningkatan itu disebabkan oleh kenaikan dalam indeks kesenian, hiburan dan rekreasi sebanyak 3.9 peratus; penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman (0.7 peratus); pendidikan (0.2 peratus) dan profesional (0.1 peratus).

“Walau bagaimanapun, indeks pengangkutan mencatatkan penurunan 0.6 peratus dan indeks bagi kesihatan, aktiviti hartanah dan maklumat dan komunikasi kekal tidak berubah,” jelas beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN