MIRI: Malaysia tidak seharusnya dianggap sebagai negara ‘berisiko tinggi’ dari segi penebangan hutan, dan adalah tidak adil bagi Kesatuan Eropah (EU) untuk menggunakan negara ini sebagai penanda aras pematuhan Peraturan Bebas Penebangan Hutan EU (EUDR). Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, penanda aras pematuhan harus berdasarkan industri itu sendiri, bukan negara. “Dengan cara itu, ia akan menjadi lebih baik dari segi industri,”…









