CPR: IHH sasar latih 1,000 individu

CPR: IHH sasar latih 1,000 individu

(DARI kiri) Ketua Pegawai Komersial IHH Healthcare Malaysia, Sipika Singh; Jean Francois Naa dan Perunding Kecemasan dan Pakar Perubatan IHH Healthcare Malaysia, Jeewadas Baladas pada majlis pelancaran Kempen Ready For You. - UTUSAN/SHAFIQAH SHUKOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: IHH Healthcare Malaysia (IHH) melancarkan kempen Ready For You untuk melengkapkan individu dengan kemahiran pertolongan cemas.

Melalui kempen itu, IHH akan menyediakan latihan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) dan Defibrilator Luaran Automatik (AED) kepada 1,000 pekerja daripada pelbagai sektor perkhidmatan termasuk klinik swasta, insurans, pendidikan, perbankan, hospitaliti dan e-hailing.

Ketua Pegawai Eksekutif IHH Healthcare Malaysia, Jean Francois Naa berkata, sebagai penyedia penjagaan kesihatan swasta, pihaknya ingin menyediakan individu dengan kemahiran dan pengetahuan untuk menguruskan kes-kes kecemasan perubatan asas.

“Bayangkan diri anda dalam keadaan di mana seseorang sedang bergelut untuk bernafas.  Walaupun tindakan pertama anda pastinya memanggil perkhidmatan ambulans, namun kemahiran asas (pertolongan cemas) yang dilakukan di lapangan sebelum paramedik tiba boleh membantu.

“Kami mahu memperkasakan individu dengan kemahiran praktikal untuk mereka memberikan bantuan yang cepat dan tepat kepada sesiapa sahaja walau di mana sahaja. Secara ringkas, kami ingin mewujudkan lebih ramai responden pertama, untuk mereka memainkan peranan apabila berlaku kecemasan.

“Jadi, dalam tempoh tiga bulan akan datang, kami akan melatih 1,000 individu untuk melakukan resusitasi kardiopulmonari dan menggunakan defibrilator luaran automatik, CPR dan AED,” katanya pada majlis pelancaran tersebut di sini, hari ini.

Orang ramai boleh memuat turun eBook Pertolongan Cemas yang mengandungi petua penting untuk menguruskan pertolongan cemas yang boleh didapati di laman web Hospital Gleneagles, Hospital Pantai dan Pusat Perubatan Prince Court.

Kiosk CPR amali pertama di Malaysia juga telah dilancarkan untuk mendidik masyarakat mengenai CPR.  Kios interaktif itu akan ditempatkan di hospital IHH terpilih dan lokasi rakan kongsi strategik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN