34 kawasan rehat PLUS semarakkan suasana merdeka

34 kawasan rehat PLUS semarakkan suasana merdeka kepada pengguna lebuh raya

plus
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengguna lebuh raya yang singgah di kawasan rehat dan rawat (R&R) di semua lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berpeluang merasai kehangatan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-66 apabila 34 R&R sepanjang Lebuhraya PLUS dihiasi dengan pelbagai hiasan menarik bertemakan kemerdekaan negara pada ketika ini.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata,  sempena sambutan Bulan Kebangsaan negara, PLUS menganjurkan Pertandingan Kawasan Rehat dan Rawat Berhias Terbaik yang bertemakan ‘Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’. Ini bagi menyemarakkan
semangat patriotisme dan memperkukuhkan perpaduan, selari dengan konsep Malaysia Madani, di kalangan pengguna lebuh raya di kawasan rehat di semua rangkaian Lebuhraya PLUS.

“Dalam pertandingan ini, sebanyak 34 R&R termasuk hentian sebelah dan restoran jejantas sepanjang Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) mengambil bahagian.

“Dalam pertandingan yang telah dianjurkan sejak tahun 2000 ini, setiap kawasan rehat yang bertanding akan dihias mengikut kreativiti rakan-rakan niaga PLUS dengan menggunakan bahan-bahan yang dikitar semula. Pertandingan ini sedang berlangsung sehingga 16 September ini,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau,  juara pertandingan ini akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM10,000. Manakala pemenang-pemenang naib juara dan tempat ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM8,000 dan RM6,000. Pemenang tempat ke empat pula
membawa pulang wang tunai RM5,000 dan tempat kelima RM4,000. Sementara itu, Anugerah Khas Juri pula bakal membawa pulang wang tunai RM2,000.

“Pengguna lebuh raya yang singgah sepanjang kawasan rehat PLUS bukan sahaja berpeluang untuk berehat seketika dan menjamu selera. Malah, mereka sendiri boleh merasai keceriaan dan kemeriahan suasana sambutan Bulan Kebangsaan negara di kawasan rehat kami.

“Kami amat menghargai sokongan rakan niaga kami di R&R yang bekerjasama erat bersama kakitangan pejabat seksyen PLUS bagi menghasilkan hiasan kawasan rehat yang sangat kreatif bagi mewujudkan suasana Hari Kebangsaan di kalangan pengunjung,” jelas
Nik Airina.

Malah, Ibu pejabat PLUS di Persada PLUS turut dihiasi dengan sebuah Jalur Gemilang Gergasi (berukuran 40 kaki tinggi dan 80 kaki lebar) yang boleh dilihat dengan jelas dari Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) bagi meniup semangat patriotisme di kalangan
pengguna harian lebuh raya tersebut. Selain itu, bangunan plaza tol di beberapa plaza tol terpilih di lebuh raya juga dihiasi dengan Jalur Gemilang oleh warga PLUS. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya