PETALING JAYA: Tropicana Corporation Berhad (Tropicana) telah menebus tranche Program Sukuk Wakalah sebanyak RM465.5 juta yang dibayar pada 30 Jun 2023. Dalam satu kenyataan, pemaju hartanah itu berkata, Program Sukuk Wakalah itu adalah sebahagian daripada program nota jangka sederhana Islamik bernilai RM1.5 bilion yang dikeluarkan oleh Kumpulan itu. Katanya, Kumpulan akan terus menyampaikan pendapatan mampan disokong oleh jualan belum dibil yang kukuh sebanyak RM2.1 bilion, kempen jualan hartanah yang berterusan…










