Teknologi maritim: PTP, UMT perkukuh kerjasama

Teknologi maritim: PTP, UMT perkukuh kerjasama

PELABUHAN Tanjung Pelepas dan Universiti Malaysia Terengganu memperbaharui kerjasama dalam bidang termasuk teknologi maritim dan penurusan pelaburan .
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd. (PTP), ahli Kumpulan MMC telah memperbaharui Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk meningkatkan kerjasama dalam bakat pembangunan dan penyelidikan.

Perjanjian itu turut membolehkan perkongsian kepakaran dalam teknologi maritim, pengurusan pelabuhan dan bidang lain yang berkaitan sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan sektor maritim di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif PTP, Marco Neelsen berkata, kerjasama tersebut menandakan satu lagi peristiwa penting dalam komitmen PTP terhadap pembangunan bakat tempatan.

Ujar beliau, ia juga akan membantu pihaknya untuk menambah baik lagi program pembangunan bakat kami dan meningkatkan kapasiti dan keupayaan tenaga kerja kami di PTP dan Malaysia amnya.

“Sejak lima tahun lalu, UMT dan PTP telah berjaya bekerjasama dan menyampaikan Program Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL) untuk program latihan industri.

“Melalui program ini, kami telah mengenal pasti dan menyerap pelajar UMT ke Program Perantis Perancangan Operasi Pelabuhan (POPA) kami sejak 2017,” katanya dalam kenyataan.

Perjanjian ditandatangani oleh Marco dan Naib Canselor UMT, Profesor Datuk Dr. Mazlan Abd. Ghaffar.

Bercakap selepas majlis menandatangani perjanjian tersebut, Mazlan menjelaskan, kerjasama UMT dan PTP merupakan peluang keemasan bagi ahli akademik UMT untuk menerajui isu termaju berkaitan teknologi maritim dan pengurusan pelabuhan.

“Saling berkongsi kepakaran juga akan diperluaskan untuk tujuan akademik ke arah pembangunan modul latihan berhubung dengan industri pelabuhan,” ujarnya.

Berkongsi pengalaman, bekas pelajar UMT, Nur Afini Ishak berkata, dia menyertai POPA sebagai sebahagian daripada kerjasama antara PTP dan MoU untuk membina saluran bakat sedia untuk niche teknikal atau kawasan fungsian industri pelabuhan, khusus untuk PTP.

“Saya bersyukur dapat memulakan kerjaya melalui program ini dan telah didedahkan dengan operasi pelabuhan dan perniagaan sebaiknya sepanjang tempoh latihan saya melalui pelbagai projek pembangunan secara dalaman.

“Melalui projek, saya bekerja dengan pelbagai individu dan ia membantu meningkatkan keyakinan saya dalam melaksanakan semua tugas yang diberikan,” katanya.

Kerjasama strategik dengan institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan adalah sebahagian daripada inisiatif PTP ke arah meningkatkan tahap kecekapan dan kemahiran semasanya dan kakitangan masa depan.

Ia juga merupakan sebahagian daripada komitmen syarikat di bawah agenda sosial Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Menangani faktor sosial ESG adalah penting untuk PTP menjadi sebuah syarikat yang mampan dan organisasi yang bertanggungjawab.

Ini melibatkan usaha secara aktif untuk meningkatkan kepelbagaian, ekuiti dan kemasukan (DEI) dalam syarikat, serta melepaskan potensi pekerja melalui peluang latihan dan pembangunan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN