Samaiden menang kontrak loji tenaga suria berjumlah RM181 juta

Samaiden menang kontrak loji tenaga suria berjumlah RM181 juta

samaiden
CHOW PUI HEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Anak syarikat milik penuh Samaiden Group Berhad, Samaiden Sdn. Bhd. telah dianugerahkan kontrak bernilai RM181.34 juta oleh Suria Infiniti Sdn. Bhd., syarikat bersekutu tidak langsung Uzma Berhad, untuk membangunkan loji tenaga solar di Mukim Sungai Petani, Kuala Muda, Kedah.

Uzma Kuala Muda Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh tidak langsung Uzma ialah pemilik loji tenaga solar itu.

Projek tersebut ialah loji janakuasa solar PV (LSSPV) berskala besar dengan kapasiti 50MWac yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) menurut program LSS4.

Kontrak yang diberikan kepada SSB dijangka menyumbang secara positif terhadap pendapatan masa depan Samaiden sepanjang tempoh projek.

Pengarah Urusan Kumpulan Samaiden, Ir. Chow Pui Hee berkata, Kumpulan terus menambah pekerjaan kepada perniagaan kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) dan pada masa yang sama, meneruskan strategi untuk mempelbagaikan secara geografi di seluruh rantau ini.

“Ini akan membantu meningkatkan prestasi kewangan kami dalam jangka panjang sambil kami memperoleh lebih banyak pekerjaan apabila permintaan untuk TBB semakin meningkat dalam kalangan perniagaan dan kerajaan mengenai keperluan untuk sumber tenaga kos yang lebih rendah serta untuk memenuhi komitmen kemampanan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut syarikat itu, hasil Samaiden bagi tempoh sembilan bulan berakhir 31 Mac 2023 telah meningkat sebanyak 29.37 peratus kepada RM125.56 juta daripada RM97.05 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya (9B TK2022).

Bagaimanapun, keuntungan sebelum cukai telah menurun kepada RM9.48 juta berbanding dengan RM11.62 juta 9MFY2022 disebabkan peningkatan kos kakitangan untuk menampung pengembangan berterusan operasi Kumpulan.

Penurutnan turut disebabkan oleh yuran profesional dan perbelanjaan penyenaraian yang ditanggung berhubung dengan pemindahan penyenaraian daripada ACE ke pasaran Utama pada 31 Mac 2023.

Jumlah buku pesanan tertunggak Samaiden, yang berjumlah RM388 juta setakat hari ini, dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan keuntungan dalam tempoh tiga tahun akan datang, katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN