PETALING JAYA: Anak syarikat milik penuh Samaiden Group Berhad, Samaiden Sdn. Bhd. telah dianugerahkan kontrak bernilai RM181.34 juta oleh Suria Infiniti Sdn. Bhd., syarikat bersekutu tidak langsung Uzma Berhad, untuk membangunkan loji tenaga solar di Mukim Sungai Petani, Kuala Muda, Kedah. Uzma Kuala Muda Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh tidak langsung Uzma ialah pemilik loji tenaga solar itu. Projek tersebut ialah loji janakuasa solar PV (LSSPV) berskala besar dengan…









