SalamAir lancar penerbangan terus KL-Muscat

SalamAir lancar penerbangan terus KL-Muscat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat penerbangan Oman, SalamAir memperkenalkan laluan penerbangan  antara Kuala Lumpur dan Muscat, Oman dalam usaha mewujudkan sambungan udara terus dengan antara destinasi popular di dunia itu.

Laluan itu dimulakan dengan dua penerbangan seminggu bermula 3 Julai 2023 dan empat penerbangan seminggu bermula September 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif SalamAir, Kapten Mohamed Ahmed berkata, perkhidmatan baharu itu menandakan satu lagi kejayaan dalam strategi pengembangan rangkaian SalamAir.

“Kami berbesar hati untuk melancarkan penerbangan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Muscat, menyediakan pelanggan kami dengan produk menarik dan fleksibel.

“Pelanggan juga dapat menjimatkan tambang penerbangan dengan harga kompetitif kami dan  menambah perkhidmatan yang dipilih.

“Penerbangan ini juga akan meningkatkan pelancongan, hubungan ekonomi, peluang perniagaan dan pergerakan pelajar antara Malaysia dan Oman,” katanya dalam kenyataan.

Tiket penerbangan untuk laluan itu dan penerbangan lain SalamAir boleh dibeli di laman web rasmi syarikat penerbangan, www.salamair.com, aplikasi mudah alih, pusat panggilan, serta agensi bertauliah syarikat penerbangan itu.

Pada masa ini, SalamAir menggunakan pesawat Airbus A320neo dan Airbus A321neo, menjadikan mereka syarikat penerbangan Oman pertama yang menggunakan pesawat lorong tunggal yang bernilai tinggi ini.

SalamAir turut memperkenalkan ATS Network Sdn. Bhd. sebagai Ejen Jualan Am (GSA) di Kuala Lumpur.

Kerjasama tersebut bersedia untuk merevolusikan pengalaman perjalanan untuk kedua-dua pelancong perniagaan dan percutian di Malaysia, serta menyediakan akses yang dipertingkatkan kepada rangkaian destinasi SalamAir yang luas di seluruh dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN