PETALING JAYA: Ringgit mencatat prestasi paling lemah ketika berlegar di paras terendah bagi tempoh lapan bulan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). Memetik laporan Reuters, mata wang Asia termasuk ringgit menunjukkan sedikit perubahan selepas separuh pertama (1H) 2023 berakhir semalam dengan kebanyakannya menurun berbanding dolar AS. Data ekonomi AS terkini meningkatkan kemungkinan Rizab Persekutuan akan mengekalkan kadar faedah lebih tinggi untuk lebih lama, seterusnya menekan aset Asia yang sensitif kepada risiko.…