Rangkaian pasar raya Australia tembusi Malaysia

Rangkaian pasar raya Australia tembusi Malaysia

DANIEL Teng (kiri) dan Will Mulholland (tengah) ketika majlis simbolik perjanjian di antara Jaya Grocer dan Coles Supermarkets di Starling Mall, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/NURFARAHIN HUSSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rangkaian pa­sar raya terkemuka Australia, Coles Supermarkets memasuki pasaran Malaysia dengan 200 barangan keluarannya melalui kerjasama eksklusif bersama jenama pasar raya terkemuka tempatan, Jaya Grocer.

Perjanjian itu memberi rangkaian luas kepada barangan Australia Jaya Grocer yang mencapai lebih 1,000 barangan keluaran negara berkenaan, terma­suk jenama Coles.

Ia boleh didapati di kesemua 43 cawangan Jaya Grocer serta melalui penghantaran oleh GrabMart di seluruh Malaysia.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Daniel Teng berkata, pihaknya berbesar hati dapat menyediakan pilihan barangan berkualiti tinggi keluaran Australia kepada pelanggan sebagai tambahan kepada rangkaian luas yang sedia ada.

“Inisiatif ini menjadi kenya­taan hanya dengan kerjasama eksklusif bersama Coles. Perkongsian ini adalah keputusan strategik Jaya Grocer untuk berkhidmat kepada komuniti besar ekspatriat Australia.

“Kami berterima kasih kepada rakan-rakan kongsi kami atas kepercayaan mereka dan yakin bahawa pelanggan Jaya Grocer akan memperoleh nilai dan kualiti yang unggul dalam barangan yang dipilih untuk mereka,” katanya dalam majlis simbolik perjanjian kedua-dua syarikat, di sini.

Sementara itu, Pengurus Besar Pengeksportan dan Komersial Segar Coles, Will Mulholland berkata, pihaknya memilih untuk mengembangkan pasaran ke Malaysia kerana permintaan yang tinggi untuk bahan-bahan berkualiti tinggi dan makanan sihat dari rakyat negara ini.

“Coles telah mengeksport makanan Australia berkualiti tinggi selama tidak kurang 20 tahun ke lebih 30 buah negara.  Misi kami adalah untuk memberi inspirasi kepada pelanggan sekaligus menyampaikan jenama-jenama dan barangan kebanggaan kami serta yang menjadi cadangan terunggul pelanggan kami.

“Kami berbesar hati dapat arkan rangkaian barangan Coles untuk penjualan di Jaya Grocer di Malaysia dan kerjasama ini diharap dapat dikekalkan untuk jangka masa panjang,” ujarnya.

Pelanggan boleh menikmati diskaun sebanyak 15 peratus untuk barangan terlaris Coles Own Brand seperti Coles Rice Crackers Seaweed, Coles Chocolate Finger Biscuits, Coles Drinking Chocolate, Coles Hot Chocolate Sachets dan banyak lagi sehingga 9 Julai 2023.

Pelanggan juga boleh menikmati lebih banyak tawaran dan diskaun setiap bulan melalui program Keahlian Jaya Grocer dibawakan oleh Grab. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN