KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan mendedahkan, terdapat pihak tertentu menggunakan `pimpinan tertinggi’ bagi membeli syarikat farmaseutikal tempatan Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga). Pharmaniaga merupakan anak syarikat milik Boustead Holdings Berhad (BHB), milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Ahli Parlimen Rembau itu ketika berucap berkata, pihak berkenaan menawarkan untuk membeli Pharmaniaga pada harga rendah, namun beliau bertegas menolak permintaan tersebut. Mohamad mendedahkan, beliau terpaksa bertengkar dalam mesyuarat bersama Jemaah Menteri…










