KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyerahkan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mewajibkan pengeksport tempatan menukar hasil eksport mereka dalam dolar Amerika Syarikat (AS) kepada ringgit, dalam usaha mengukuhkan kedudukan mata wang negara itu, ataupun sebaliknya. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pihaknya sedia maklum mengenai dakwaan terdapat pengeskport tempatan yang enggan berbuat demikian disebabkan nilai ringgit yang lemah ketika…










