PUTRAJAYA: Malaysia diiktiraf negara terbaik di Asia Tenggara dalam Indeks Peralihan Tenaga oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) baru-baru ini. Indeks tersebut mengambil kira prestasi sistem dan kesediaan negara untuk beralih ke sumber tenaga yang lebih mesra alam. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, pencapaian itu menunjukkan bahawa Malaysia berada di landasan tepat bagi pengurusan peralihan tenaga yang pantas, selamat dan berpatutan. Selain itu katanya, Malaysia juga mempunyai pelbagai kelebihan strategik seperti…









