PETALING JAYA: Pelabur asing dijangka kembali ke pasaran saham tempatan dengan jumlah pegangan dijangka meningkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Pengerusi Bursa Malaysia Berhad, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, jumlah pegangan asing dalam pasaran ekuiti tempatan kini adalah sebanyak 20 peratus, meningkat berbanding beberapa bulan sebelumnya. “Jumlah itu dijangka akan terus melonjak berdasarkan trend semasa pasaran saham global di mana aliran pelaburan asing telah kembali semula ke pasaran…