PETALING JAYA: Jenayah kewangan mampu diatasi dengan penyelesaian yang inovatif, menurut Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Maszunisham Omar. Beliau merujuk kepada prototaip yang dibangunkan oleh para pemenang pertandingan Anti-Money Laundering/Counter Financing of Terrorism (AML/CFT) Hackathon 2023 anjuran Bank Pusat itu. Katanya, tugas penting seterusnya adalah untuk menukar prototaip yang dibangunkan kepada alat digital sebenar. “Saya menyeru institusi kewangan dan badan pengawal selia serta agensi penguatkuasaan undang-undang untuk meneroka…










