Honda bakal lancar City facelift

Honda bakal lancar City facelift

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Honda Malaysia mengumumkan, City model facelift bakal dilancarkan dengan tempahan dibuka bermula semalam di semua pengedar di seluruh negara.

City baharu itu menawarkan pelanggan reka bentuk yang bergaya, ciri-ciri canggih dan berkuasa, dijangka dilancarkan pada suku ketiga 2023 di Malaysia.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, pada 2020 pihaknya melancarkan City Generasi ke-5.

“Pada tahun itu, kami juga meningkatkan standard untuk model terlaris kami dengan memperkenalkan City RS e:HEV buat kali pertama.

“Setakat ini, lebih 68,600 unit City Generasi ke-5 telah terjual sejak pelancarannya, manakala pada separuh pertama 2023, kami telah menjual lebih daripada 10,000 unit.

“Model ikonik Honda ini telah terbukti menjadi kegemaran dalam segmennya dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Penampilan luar City baharu direka untuk membawa reka bentuk canggih sedia ada ke tahap yang lebih tinggi.

la mencerminkan kecanggihan dan gaya hidup bercita-cita tinggi pemiliknya, yang mencari kenderaan yang direka dengan baik dan praktikal.

Dalam pada itu, City e:HEV RS lebih panjang dengan reka bentuk bampar yang diperbaharui, berukuran 4,589mm panjang, 1,748mm lebar dan 1,467mm tinggi.

City baharu varian RS juga menerima beberapa perubahan luaran terdiri daripada gril depan honeycomb, gril bawah dean, skirting sisi dan lambang “RS” yang direka bentuk baharu.

Penampilan sporty City RS baharu dipertingkatkan lagi dengan bampar hadapan dan belakang, serta  Roda Aloi Dwi-Tona 16 inci.

Selain itu, City e:HEV RS baharu dikuasakan enjin berkuasa 1.5L e:HEV yang menggabungkan dua motor elektrik ditambah dengan Transmisi Pembolehubah Berterusan Elektrik (e-CVT), menghasilkan gabungan kuasa dan kecekapan bahan api yang sempurna. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN