Haily Group dapat kontrak RM53.8 juta daripada Tasek Maju

Haily Group dapat kontrak RM53.8 juta daripada Tasek Maju

mengambangkan perniagaannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Haily Group Berhad memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM53.80 juta daripada Tasek Maju Realty Sdn. Bhd. (Tasek Maju) untuk membina 170 unit kediaman bagi perbandaran Taman Mutiara Maju di Johor Bahru.

Kontrak itu merupakan projek utama keempat diraih oleh Kumpulan pada tahun ini, sekaligus menjadikan jumlah nilai kontrak projek berterusannya meningkat kepada RM713.56 juta.

Menurut Haily, anak syarikat milik penuhnya, Haily Construction Sdn. Bhd. telah menerima Surat Anugerah (LoA) daripada Tasek Maju pada 26 jun lalu bagi pembinaan 170 unit rmah kluster dua tingkat dan kerja-kerja berkaitan.

“Rumah yang masing-masing berukuran 32′ x 70′ itu akan ditempatkan di Fasa 3, Taman Mutiara Maju, Mukim Pulai, Daerah Johor Bahru di negeri Johor. Kontrak itu akan bermula pada 17 Ogos 2023 dan dijadualkan siap dalam tempoh 15 bulan iaitu sehingga 17 November 2024,” jelasnya dalam kenyataan.

Haily menambah, syarikat telah memperoleh beberapa kontrak penting di tengah-tengah kebangkitan semula ekonomi Malaysia selepas COVID-19, mengukuhkan kedudukannya sebagai antara kontraktor terkemuka Johor.

Kontrak utama yang disandang oleh Kumpulan pada tahun ini termasuk kontrak RM37.85 juta daripada Austin Senibong Development Sdn. Bhd. untuk membina 77 unit pejabat kedai tiga tingkat dalam projek Crest@Austin; kontrak RM78.28 juta untuk pembinaan 262 unit hartanah kediaman di Pontian, Johor daripada anak syarikat Gadang Holdings Berhad, Mandy Corporation Sdn Bhd.

Kontrak lain ialah kontrak RM32.66 juta untuk pembinaan 186 unit kediaman di perbandaran Bandar Putra daripada Nice Frontier Sdn Bhd, ahli IOI Properties Group Berhad.

Mengulas kejayaan itu, Pengasas dan Pengarah Eksekutif Haily, See Tin Hai berkata, kontrak itu antara pencapaian utama Kumpulan setakat ini, menunjukkan keyakinan yang diberikan ke atas peningkatan keupayaan Haily untuk memberikan perkhidmatan luar biasa dan mengekalkan standard mutu kerja yang tinggi.

Beliau berkata, terdapat banyak sebab untuk optimis mengenai prospek jangka panjang pembangunan hartanah dan industri pembinaan di Johor.

“Johor akan terus menjadi penerima manfaat projek infrastruktur utama, seperti pautan Sistem Transit Rapid (RTS), yang dijangka siap pada 2026. Dan tahun ini, beberapa pemaju terkemuka telah mengumumkan projek baharu di Johor dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah lebih RM1 bilion.

“Setakat ini, kami telah memperoleh jumlah kontrak bernilai RM204.48 juta, yang telah melebihi apa yang kami perolehi untuk keseluruhan tahun 2022. Ketika kami terus meningkatkan jumlah nilai kontrak kami, kami kekal di landasan untuk mencapai tahun kewangan yang lebih kukuh pada 2023. Kami akan terus berusaha ke arah mendapatkan lebih banyak projek bernilai tinggi tahun ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN