Genting terima empat tawaran untuk hartanah tepi laut Miami

Genting terima empat tawaran untuk hartanah tepi laut Miami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Genting Berhad dilaporkan telah menerima empat tawaran untuk hartanah tepi laut Miami yang dimilikinya, yang pada asalnya mahu dijadikan kasino.

Memetik laporan Bloomberg, salah satu bidaan yang diterimanya dilaporkan melebihi AS$1.23 bilion (RM5.58 bilion).

Michael Fay, dengan broker Avison Young, dalam satu kenyataan melalui e-mel berkata, penerimaan tawarannya berterusan, malah terdapat tawaran pada dan melebihi harga AS$1.225 bilion.

“Hartanah itu, yang berkeluasan hampir 63,000 meter persegi, adalah tapak bangunan lama Miami Herald,” kata laporan itu.

Ia juga dilaporkan antara hartanah terbesar yang belum dibangunkan di sepanjang dermaga bandar.

Genting, yang pernah mahu membina kasino di sana, membelinya pada harga kira-kira AS$236 juta pada 2011.

Perjanjian sebelum ini untuk menjual hartanah itu kepada pemaju tempatan gagal pada Jun.

Pada Jun, Bernama melaporkan bahawa Smart Miami City LLC telah membatalkan bidaannya untuk hartanah itu.

Tanah itu dilaporkan berhampiran dengan daerah komersial, kediaman dan pusat beli-belah Miami. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×