PETALING JAYA: Pembekal penyelesaian tenaga bersih, Gentari Sdn. Bhd. (Gentari) melalui anak syarikat milik penuhnya, Gentari Green Mobility Sdn. Bhd. telah mengaktifkan rangkaian perayauan titik pengecasan kenderaan elektrik (EV). Pengaktifan itu dilakukan dengan kerjasama EV Connection Sdn. Bhd. (EVC) dan Green EV Charge Sdn. Bhd. (GEV), anak syarikat Yinson GreenTech (YGT). Perkongsian itu akan membolehkan akses silang ke titik pengecasan pada rangkaian JomCharge dan chargEV Gentari, dan penjejakan silang melalui…