MUKADIMAH
Malaysia mempunyai lebih 1.2 juta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) setakat 2021, dan pasaran terus berkembang apabila lebih ramai usahawan beralih kepada jualan dalam talian.
Pada tahun ini, Ejen2u International Sdn. Bhd. telah membuat pengisytiharan penting mengenai kesan positifnya terhadap ekonomi dan komuniti keusahawanan.
Melalui sistem berdaya tahan yang memudahkan pemerkasaan penjual semula dan usahawan, Ejen2u telah memangkin aktiviti ekonomi dan melahirkan peluang pekerjaan.
Ikuti temu bual eksklusif wartawan Utusan Malaysia, SHAFIQAH SHUKOR dan bersama Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Ejen2u International, SHEIKH EZAIDDIN.

UTUSAN: Ceritakan lebih lanjut tentang latar belakang syarikat?
SHEIKH EZAIDDIN: Ejen2u International Sdn. Bhd. yang ditubuhkan 2019, pada peringkat awal, hanyalah sebuah platform digital untuk semua pengasas produk yang menggunakan model bisnes ejen dan stokis untuk menguruskan ejen stokis mereka secara lebih sistematik dan meningkatkan keuntungan mereka.
Uniknya Ejen2u berbanding pesaing kami adalah, kami mempunyai Subject Matter Expert dalam industri ejen dan stokis yang berpengalaman lebih 23 tahun dalam melatih ribuan usahawan dalam dan luar negara.
Hanya dalam masa empat tahun sahaja sejak penubuhannya, Ejen2u telah berkembang pesat dan dipercayai oleh lebih daripada 400 syarikat dengan 270,000 pengguna mendaftar transaksi bernilai RM473 juta.
Apakah solusi yang ditawarkan oleh Ejen2u?
Dengan matlamat untuk terus membantu mengembangkan perniagaan pelanggan kami, kini Ejen2u terus meningkatkan kualiti servis dengan menawarkan beberapa lagi solusi, antaranya ialah EjenGO, WEMAP dan EjenVenture.
EjenGo ialah sistem pengurusan ejen. Syarikat boleh menguruskan ejen-ejen mereka secara digital dan memantau aktiviti ejen-ejen seperti aktiviti tempahan dari ejen, prestasi penjualan ejen dan pelbagai lagi
WEMAP pula ialah solusi latihan berasaskan modul dalam industri ejenship. Syarikat boleh mengunakan servis WEMAP untuk menyediakan latihan kepada ejen-ejen mereka.
Kelas kelas WEMAP boleh dilakukan secara atas talian atau fizikal mengikut kehendak syarikat. WEMAP menyediakan modul keusahawanan seperti Modul Penjualan, Modul Pemasaran, Modul Kepimpinan, Modul Perkembangan Ejen dan pelbagai lagi mengikut trend perniagaan masa kini.
EjenVenture merupakan solusi untuk syarikat-syarikat yang ingin mewujudkan saluran perniagaan secara ejen dan stokis.
EjenVenture akan bantu menyusun strategi perniagaan dan menyediakan sistem terbaik untuk mereka mula aktifkan stokis dan ejen mereka.
Selain itu, EjenVenture juga menyediakan perkhidmatan customize solution berkaitan sistem pengurusan ejen.
Setakat ini, kami telah menarik perhatian pelabur besar dari Silicon Valley, Amerika Syarikat iaitu 500 Global yang telah melabur dalam Grab, Canva, dan syarikat-syarikat startup yang berpotensi tinggi lain.
Bukan itu sahaja, pelbagai pengiktirafan turut diterima menjadikan Ejen2u International dikelaskan sebagai syarikat teknologi berkembang pesat yang terbukti bernilai dengan inovasi dan keupayaannya untuk membuka nilai jangka panjang serta memacu pertumbuhan ekonomi.
Bagaimanakah prestasi syarikat tahun lepas dan apakah pandangan anda untuk tahun ini?
Syarikat kami telah mencapai pertumbuhan yang luar biasa pada tahun lalu. Kami telah mengalami peningkatan yang ketara dalam pendapatan jualan, dengan mencapai pendapatan yang lebih dari satu kali ganda berbanding tahun sebelumnya.
Kejayaan ini menunjukkan keberkesanan model perniagaan kami dan nilai yang kami berikan kepada pelanggan kami.
Untuk tahun ini, fokus kami adalah untuk terus memperluas dan mempercepat pertumbuhan syarikat kami.
Kami sedang dalam fasa mendapatkan pelaburan tambahan untuk menyokong rancangan ambisius kami dalam pengembangan, inovasi, dan penetrasi pasaran.
Dengan sokongan daripada pelabur sedia ada kami seperti 500 Global, Watch Tower & Friends, kami yakin dengan kemampuan kami untuk menarik sumber yang diperlukan untuk membawa syarikat kami ke tahap baharu.
Kami mempunyai pandangan positif terhadap masa depan Ejen2u. Pasukan kami berdedikasi, produk kami inovatif, dan kami terus mengukuhkan perkongsian dan kolaborasi dalam industri ini.
Kami mengharapkan tahun ini akan menjadi tahun pertumbuhan dan kejayaan yang besar bagi Ejen2u, dengan peluang yang kami ambil, teknologi yang kami manfaatkan, dan nilai yang kami berikan kepada pelanggan kami.
Dengan trend pasaran semasa yang meningkatkan jualan dalam talian dan peningkatan bilangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia, apakah ciri unik yang ditawarkan oleh Ejen2u untuk menonjol dalam pasaran?
Ejen2u menonjol dalam pasaran dengan menawarkan beberapa ciri unik yang memenuhi keperluan perniagaan dan usahawan dalam industri jualan dalam talian. Berikut adalah beberapa ciri unik seperti platform yang komprehensif.
Ejen2u menyediakan platform bersepadu yang menggabungkan pelbagai fungsi perniagaan dalam satu antara muka yang mudah digunakan.
Ia menawarkan penyelesaian terdigitalisasi untuk menyelaraskan proses seperti pengurusan inventori, pemenuhan pesanan, dan penjejakan jualan. Platform Ejen2u juga sentiasa menambah baik ciri-ciri sistem dengan mempelbagaikan lagi integrasi dengan platform di luar sana.
Selain itu, kami mempunyai pembangunan sistem yang disediakan mengikut keperluan. Dengan kepakaran Ejen2u dalam pembangunan sistem, Ejen2u mampu membina platform yang sesuai untuk syarikat mengikuti spesifikasi dan keperluan mereka supaya dapat menyediakan penyelesaian yang lebih efisien.
Kami juga telah diiktiraf sebagai Jenama Terpercaya Terbaik dalam Penyelesaian Digital PKS Tahun Ini oleh IKON Brand Awards.
Pengiktirafan ini menunjukkan kepercayaan dan kebolehpercayaan yang dikaitkan dengan jenama Ejen2u.
Dalam iklim ekonomi semasa, apakah nasihat anda untuk bakal usahawan yang ingin memulakan perniagaan dalam talian mereka sendiri?
Sabar, tekun dan sentiasa tingkatkan ilmu perniagaan. Ramai usahawan di luar sana yang berhenti bisnes separuh jalan kerana mereka anggapkan bisnes ini mudah. Tetapi ia adalah sebaliknya.
Selain ilmu pemasaran dan penjualan, usahawan perlu tingkatkan ilmu pengurusan syarikat dan juga kewangan.
Pastikan usahawan memahami dan menguruskan aspek kewangan perniagaan dengan teliti. Buat perancangan kewangan yang baik, termasuk perancangan perbelanjaan, pengurusan arus tunai, dan perhitungan harga yang menguntungkan. Selalu pantau dan kaji prestasi kewangan perniagaan secara berkala. – UTUSAN









