CapBay sedia pembiayaan RM1 bilion kepada 400 PKS - Utusan Malaysia

CapBay sedia pembiayaan RM1 bilion kepada 400 PKS

PENGERUSI CapBay, Datuk Seri Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff (tiga dari kiri) dan Ketua Pegawai Operasi CapBay, Ang Xing Xian (tiga dari kanan) ketika sambutan pencapaian pembiayaan RM1 bilion CapBay, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: CapBay, platform Pembiayaan Rantaian Bekalan Berbilang Bank dan Pembiayaan Peer-to-Peer (P2P) Malaysia menyediakan pembiayaan kira-kira RM1 bilion kepada lebih 400 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang kurang mendapat perkhidmatan.

Pencapaian ini adalah hasil kejayaan pembiayaan melalui 7,600 nota pelaburan, menggariskan komitmen CapBay untuk memperkasakan PKS dan menawarkan peluang pelaburan yang menarik kepada bakal pelabur.

Dengan kadar keingkaran pembayaran kurang daripada 0.1 peratus, CapBay P2P menetapkan piawaian baharu untuk pengurusan risiko dalam lanskap pelaburan alternatif.

Para pelabur boleh menaruh kepercayaan kepada rekod platform ini untuk melindungi kepentingan mereka sambil menikmati pulangan bersih (selepas yuran) sehingga 10 peratus setahun.

Prestasi luar biasa ini menyerlahkan dedikasi CapBay untuk mencabar persepsi pelaburan alternatif terlalu berisiko untuk pelabur runcit biasa.

Pengerusi CapBay, Datuk Seri Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, pertumbuhan luar biasa dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah meletakkan CapBay P2P sebagai peneraju dalam arena P2P di Malaysia.

“Dengan mengambil kesempatan ke atas kepakaran teknologi, kami telah memperkasakan perniagaan untuk mengatasi cabaran pembiayaan dan seterusnya berkembang dalam dunia pasca pandemik dengan lebih 70 peratus daripada pembiayaan kami menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

“Kami bukan sahaja memacu perubahan positif tetapi juga membentuk masa depan yang lebih cerah untuk semua pihak berkepentingan yang terlibat,” katanya dalam kenyataan.

Menyedari kepentingan pembiayaan alternatif dalam ekonomi Malaysia, kerajaan telah memperuntukkan RM40 juta kepada Dana Pelaburan Bersama Malaysia (MyCIF) sebagai sebahagian daripada Belanjawan 2023.

Komitmen ini menunjukkan sokongan kerajaan terhadap pertumbuhan industri pembiayaan P2P dan model pembiayaan alternatif lain di negara ini. CapBay adalah salah satu platform P2P utama yang membantu memacu program MyCIF yang secara kolektif telah melabur lebih RM540 juta, memanfaatkan sekurang-kurangnya 3,500 PKS di Malaysia.

Kejayaan CapBay P2P boleh dikaitkan dengan teknologi canggih dan model kredit proprietarinya, yang memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) untuk menilai keupayaan pembayaran balik PKS berdasarkan rangkaian komprehensif titik data tradisional dan bukan tradisional.

Dengan menggunakan algoritma inovatif, CapBay membolehkan pembiayaan untuk PKS berkepercayaan kredit yang sukar untuk mendapatkan pembiayaan daripada sumber tradisional. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.