TM dan ZTE perkukuh inovasi digital - Utusan Malaysia

TM dan ZTE perkukuh inovasi digital

PENGARAH Urusan ZTE (Malaysia) Corporation Sdn. Bhd, Steven Ge (empat dari kanan) bertukar dokumen bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Imri Mokhtar (empat dari kiri) sambil disaksikan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) diantara TM Technology Services Sdn. Bhd dengan ZTE (Malaysia) Corporation Sdn. Bhd di Hotel Hilton. UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) dan ZTE Malaysia Corporation Sdn. Bhd. (ZTE), memetrai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menjalin kerjasama dalam pelbagai inovasi penyelidikan dan pembangunan (R&D) di bawah program kerjasama strategik terbaharunya.

Kerjasama itu akan memanfaatkan kepakaran TM dan ZTE bagi memacu inovasi dan transformasi digital untuk pelanggan dan industri, dengan memberi tumpuan kepada peluang dan pengkomersialan R&D, penambahbaikan produk dan teknologi, serta peningkatan ekosistem bakat digital TM.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Imri Mokhtar berkata, MoU berkenaan juga merupakan langkah penting ke arah mengukuhkan infrastruktur digital dan telekomunikasi negara disamping memperkasakan kelebihan daya saing Malaysia dalam menyampaikan penyelesaian termaju ke pasaran.

Menurut beliau, perjanjian selama tiga tahun itu akan diterajui oleh TM R&D di mana ia akan menyediakan ujian perkakasan dan penambahbaikan reka bentuk, konsultasi mengenai teknologi platform digital, serta penyelesaian bersepadu untuk memastikan tawaran kami sedia digunakan di pasaran.

“MoU ini ditandatangani susulan penyelidikan bersama akses teknologi terbaru untuk meningkatkan sambungan internet berkelajuan tinggi di Malaysia.

“Memperkenalkan lebar jalur 50Gbps yang pertama di Malaysia telah menyediakan kami untuk memacu perkhidmatan inovatif lain seperti 5G, Cloud VR, dan pembuatan pintar yang akan memberi manfaat kepada komuniti, perniagaan dan kerajaan,” katanya pada majlis menandatangani MoU berkenaan, di sini, semalam.

Majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching, dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Sementara itu, Pengarah Urusan ZTE, Steven Ge berkata, pihaknya yakin kerjasama itu akan menghasilkan inovasi dan penyelesaian baharu untuk menangani keperluan pasaran digital hari ini.

Katanya, ZTE juga komited untuk menyokong transformasi digital dan pertumbuhan ekosistem bakat TM melalui kepakaran dan sumber globalnya.

“Kami percaya kerjasama ini akan mewujudkan situasi menang-menang untuk kedua-dua pihak dan menetapkan penanda aras baharu kerjasama strategik dalam industri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya