SIME Darby Property Berhad memperkenalkan The Prestige Collection, bangunan perindustrian yang terletak di kawasan perindustrian pegangan bebas Elmina Business Park di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor. Projek terbaharu itu merangkumi tujuh unit kilang-kilang sesebuah dan 24 unit kilang-kilang berkembar bersaiz besar. Kilang-kilang siap dibina (ready-built) itu menampilkan reka bentuk yang moden dan praktikal seperti kawasan gudang yang luas serta ruang pejabat, ruang menyambut tetamu dan galeri yang diperlukan bagi menjalankan…










