Teknologi pengkomputeran diunjur berkembang positif - Utusan Malaysia

Teknologi pengkomputeran diunjur berkembang positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perkhidmatan teknologi pengkomputeran awan kini diunjurkan semakin berkembang dan bakal menjadi pilihan pelbagai sektor di negara ini.

Pengasas SagaCloud, Datuk Samsul Husin berkata, syarikat tersebut mengunjurkan sebanyak 80 peratus pendapatan bagi perkhidmatan e-perolehan dan juga pengurusan sumber manusia (e-HRMS) mampu dicapai untuk jangka masa panjang.

Beliau berkata, perkhidmatan itu dalam masa yang sama juga mampu menjadi landasan kukuh bagi meningkatkan rancangan pembangunan ekonomi digital negara pada masa depan.

“Teknologi melintasi sempadan berfungsi untuk memudahkan urusan perhubungan dalam menjalankan tugas harian dengan lebih efektif dan tanpa melibatkan kos yang tinggi.Kebanyakan negara di dunia kini memanfaatkan dengan sepenuhnya kemajuan teknologi yang terus berkembang pesat.

“Justeru, teknologi pengkomputeran awan akan berfungsi sebagai salah satu pemboleh utama dalam peralihan ini. Ia membantu menyampaikan perkhidmatan kerajaan melalui saluran yang lebih pantas, berkesan, dan kos efektif,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Dalam pada itu, Samsul berkata, pengkomputeran awan menjadi model yang membolehkan capaian rangkaian atas permintaan di mana-mana tempat dengan mudah, kepada sumber-sumber pengkomputeran yang boleh dikonfigurasi seperti rangkaian, pelayan, storan, aplikasi, dan perkhidmatan.

“Penjimatan kos adalah salah satu faedah utama pengkomputeran awan kerana ia menyediakan lebih banyak ruang penyimpanan maklumat. Perisian dan sistem akan dikemas kini dengan kerap tanpa melibatkan kos penyelenggaraan yang tinggi.

“Syarikat besar semakin banyak menggunakan pengkomputeran awan sebagai ruang untuk para pekerja berkongsi data ketika mereka menjalankan tugas tanpa perlu bertemu wajah, tetapi tetap dapat berinteraksi dengan pihak-pihak yang berkaitan.Mereka juga menggunakan Cloud Computing sebagai tempat untuk menyimpan data-data penting. Ia mengurangkan penggunaan kertas, masa, tenaga, dan wang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN